X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

MKT UMNO bincang sokongan bersyarat PN malam Sabtu 

Ahmad Zahid
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan diadakan di Menara Dato' Onn pada 8.30 malam Sabtu membincangkan sokongan bersyarat yang dikemukakan oleh Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan, antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah pembentukan barisan Kabinet baharu termasuk calon Timbalan Perdana Menteri.

Menurut satu sumber yang enggan dinamakan, mesyuarat MKT itu akan mengadakan pada malam Sabtu dan akan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya difahamkan mesyuarat ini untuk memberi pandangan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baru. Paling penting perkara yang akan ditekankan ialah ‘No PN 2.0’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, pemimpin terbabit tidak menjelaskan secara terperinci mengenai 'No PN 2.0' yang akan dibincangkan itu.

Dalam pada itu, ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut mengesahkan mesyuarat yang akan diadakan itu namun tidak mengetahui agenda yang akan dibawa.

“Mesyuarat ini akan diadakan secara fizikal. Saya dapat jemputan mesyuarat MKT tetapi saya tidak tahu apa yang nak dibincangkan. Dalam notis tidak ada sebarang agenda,” kata Ahli Parlimen Jelebu itu.

Pada Khamis, Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat.

Sokongan itu diberikan oleh 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, 18 Pas dan satu daripada STAR termasuk empat bebas.

PN mensyaratkan Ismail Sabri perlu memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!