X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Murray azam aksi terbaik walau layak menerusi wild card

Murray
A
A

BIARPUN layak untuk beraksi di Kejohanan Terbuka Winston-Salem menerusi tiket wild card, namun bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray berazam mahu memberikan aksi terbaik pada kejohanan berkenaan.

Menurutnya, setelah berehat panjang berikutan menjalani pembedahan pinggul pada 2018, diam mahu memanfaatkan peluang beraksi di kejohanan berkenaan sebagai persiapan menjelang saingan terbuka Amerika Syarikat (US Open), pada 30 Ogos ini.

“Saya mahu menjadikan kejohanan ini sebagai medan untuk saya mempersiapkan diri menjelang US Open.

“Ketika ini, saya dapat rasakan saya sudah mula kembali cergas setelah menjalani pembedahan pinggul pada 201 lalu dan saya tidak lagi merasai kesakitan akibat pembedahan berkenaan.

“Saya juga berpuas hati dengan pencapaian saya pada saingan Terbuka Cincinnati walau pun tewas pada pusingan kedua,” katanya.

Untuk rekod, Murray, 34, setelah menjalani pembedahan pinggul pada 2018, Murray hanya sempat menyertai lima kejohanan pada 2021, termasuk Terbuka Cincinnati yang berlangsung mulai 14 hingga 22 Ogos.

Bagaimanapun, pemenang Grand Slam tiga kali itu, tewas 6-7 (4), 3-6 kepada pemain Poland yang juga pemain ranking ke-13 dunia, Hubert Hurkacz pada pusingan kedua.

Sementara itu, Murray mengakui agak sukar untuk berdepan dengan pemain muda ketika ini yang dilihatnya telah banyak meningkat dari segi permainan masing-masing.

“Suatu ketika dahulu, saya bermain baik, terutamanya ketika beraksi di Wimbledon. Tetapi kini, pemain-pemain baharu pula menunjukkan peningkatan mereka.

“Paling ketara, mereka memiliki teknik servis yang baik dan membuatkan saya tidak mempunyai banyak peluang ketika berdepan mereka,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!