Kenderaan polis masuk di kediaman Ebit Lew

Kenderaan dipercayai milik polis dilihat memasuki kawasan kediaman Ebit Lew di Shah Alam pada petang Khamis.
Kenderaan dipercayai milik polis dilihat memasuki kawasan kediaman Ebit Lew di Shah Alam pada petang Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga buah kenderaan dipercayai milik polis dilihat memasuki kawasan kediaman pendakwah terkenal, Ebit Lew di sini kira-kira jam 4.15 petang Khamis.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah tersebut turut memasuki kawasan perumahan berkenaan.

Kunjungan polis itu difahamkan untuk menjalankan siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Kenderaan polis kemudian dilihat keluar dari kawasan perumahan tersebut kira-kira jam 5.13 petang.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru.

Dalam laporan tersebut, Ebit Lew menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang kejam dan melampau terhadap dirinya.

Sementara peguam beliau, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, setakat ini pihak polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: