Calon PM ke-9: 'Tak banyak cakap tak mengapa, tapi banyak buat kerja'

Anas Zubedy. - Foto Astro Awani
Anas Zubedy. - Foto Astro Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Antara karakter penting bagi individu yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-9 ialah kemampuannya membawa kepastian dalam setiap aspek pentadbiran negara.

Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy berpendapat, inilah antara sebabnya mengapa seorang Perdana Menteri itu perlu mendapatkan keabsahan di Parlimen, seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

"Karakter beliau, tak banyak cakap tak mengapa tetapi yang penting banyak buat kerja. Kita tak mahu orang yang banyak cakap tetapi apabila buat kerja, beliau tidak lakukan dengan efektif, jitu dan klinikal berdasarkan metodologinya.

"Sebagai Perdana Menteri, kita harap beliau akan pilih pemimpin yang boleh menyokong dan menolongnya dalam tugasan, mereka yang cekap, efektif, cekap dan efisien.

"Kita mahukan kumpulan pemimpin yang fokus pada kerja mereka, bukan sahaja dalam melawan pandemik tetapi juga membantu dalam aspek perpaduan rakyat.

"Kita perlu seorang yang mampu mencari jalan bagi meredakan pertelingkahan antara pemimpin serta penyokong. Kita tengok di media sosial hari ini, keadaan sudah teruk, tak ada lagi rasa hormat dan saling mencaci," katanya. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan: