Pelajar kolej maut motosikal terbabas

Mangsa mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia di zon merah hospital berkenaan.
Mangsa mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia di zon merah hospital berkenaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pelajar sebuah kolej swasta maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Masjid Lapangan Terbang Subang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kosmioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dipercayai menunggang motosikal sendirian.

"Mangsa berumur 21 tahun itu dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya menyebabkan terbabas di lokasi kejadian.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan dimasukkan ke zon merah bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 3.34 petang.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menerima laporan polis berkaitan kematian mangsa berkenaan.

"Orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: