X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Ismail Sabri, rombongan UMNO tiba di Istana Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan kepada petugas media. - FOTO ROSLI TALIB
A
A

KUALA LUMPUR - Bas yang membawa 'rombongan' kedua ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.16 petang.

Antara yang kelihatan di dalam bas disewa khas berwarna hijau itu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said serta beberapa individu lain.

Sebelum itu, sebuah bas yang membawa 'rombongan' kedua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 12.45 tengah hari.

Antara yang kelihatan berada di dalam bas yang disewa khas itu Ahli Parlimen Jeli; Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Titiwangsa; Datuk Seri Rina Mohd Harun, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh dan beberapa individu yang tidak dapat dikenal pasti.

Sebelum itu, bas pertama yang membawa ahli Parlimen Bersatu dan Bebas keluar dari Istana Negara pada jam 11.49 pagi.

Antara ahli Parlimen Bersatu yang dilihat berada di dalam bas yang disewa khas itu Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar serta Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien daripada Bebas.

Sebelum itu, bas yang dinaiki ahli Parlimen berkenaan tiba di Istana Negara pada jam 10.45 pagi.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli-ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli-ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua Ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!