AS hantar lebih 1 juta vaksin Pfizer kepada Ivory Coast

Amerika Syarikat menghantar lebih satu juta vaksin keluaran Pfizer ke Ivory Coast dalam minggu ini.
Amerika Syarikat menghantar lebih satu juta vaksin keluaran Pfizer ke Ivory Coast dalam minggu ini.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menghantar lebih satu juta dos vaksin Covid-19 buatan Pfizer kepada Ivory Coast ketika benua Afrika kini mengalami kenaikan dalam kes pandemik itu, kata seorang pegawai AS pada Rabu.

"Pada minggu ini, AS menghantar 1,183,000 dos Pfizer ke Ivory Coast. Terima kasih kepada komitmen AS yang memainkan peranan penting bagi menamatkan pandemik ini di mana-mana (negara-negara di dunia),' kata seorang pegawai Rumah Putih kepada AFP.

Menurut pegawai berkenaan, dos tersebut akan tiba di negara berkenaan pada minggu ini.

"Kami (AS) bangga untuk menghantar vaksin ini yang efektif dan selamat kepada penduduk Ivory Coast," tambahnya.

Penghantaran sedang diuruskan melalui Covax iaitu pembekal vaksin yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ivory Coast merekodkan kurang 400 kematian dan lebih 52,000 kes akibat Covid-19, namun gelombang ketiga jangkitan pandemik itu yang kini melanda benua Afrika.

Kurang dua peratus daripada lebih 27 juta penduduk negara itu yang telah disuntik dengan dua dos vaksin Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: