Peguam Negara, KSN memasuki Istana Negara

Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memasuki Istana Negara melalui pintu 2.
Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memasuki Istana Negara melalui pintu 2.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2 kira-kira jam 9.35 pagi pada Khamis.

Kehadiran Mohd Zuki dipercayai mempunyai kaitan dengan pertemuan ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi ini.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilihat memasuki Istana Negara melaui pintu sama pada jam 9.25 pagi.

Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

Artikel Berkaitan: