Individu bertengkar dalam video tular buat laporan polis

Klip video yang tular di media sosial Facebook.
Klip video yang tular di media sosial Facebook.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki yang dirakam bertengkar dengan seorang wanita pada Sabtu lalu, selepas klip video berdurasi 49 saat tersebut tular di halaman Facebook.

Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki terbabit bertengkar dengan wanita tersebut sambil memegang sebatang kayu dan memegang telefon bimbit di telinga kononnya sedang menghubungi pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, pengadu membuat laporan sekitar jam 11 pagi pada Rabu mendakwa video berkenaan disebarkan untuk memalukan dan memfitnah dirinya di media sosial.

“Pengadu telah menegur seorang wanita warga tempatan yang dilihat membawa anjingnya dan membuang najis di kebun kecil yang terletak terletak di sebelah rumah pengadu.

“Perempuan ini tidak berpuas hati apabila ditegur dan telah membuat rakaman video pengadu sedang melakukan provokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Basri, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media 1998.

Dalam pada itu, menurut Basri, wanita tersebut yang mendakwa dirinya diugut dalam kejadian berkenaan turut membuat satu laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media 1998.

“Saksi awam yang membuat penularan video ini dikehendaki hadir ke Balai Polis berhampiran untuk memberi keterangan,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: