Ucapan terakhir buat Lagerfeld

A
A

Alain Wertheimer
Alain Wertheimer
Terima kasih genius kreatif. Mendiang mempunyai kemurahan hati dan gerak hati dalam fesyen yang luar biasa. Hari ini saya bukan sahaja kehilangan seorang kawan tetapi kehilangan minda kreatif yang mana telah memberikan satu definasi terbaik buat Chanel sejak tahun 1980an.” - Ketua Pegawai Eksekutif Chanel, Alain Wertheimer.

Melania Trump
Melania Trump
Hari ini dunia kehilangan Lagerfeld. Kami akan merindui awak Karl.”- Wanita Pertama Amerika Melania Trump.

 Victoria Beckham
Victoria Beckham
Sangat sedih mendengar berita kematiannya. Karl seorang genius dan terlalu baik serta murah hati kepada saya secara peribadi mahupun profesional,” - Pereka fesyen Victoria Beckham

Karlie Kloss
Karlie Kloss
Perkara yang amat dirindui pereka genius ini ialah kemurahan hati dan semangatnya. Kehilangannya amat mendalam buat mereka yang pernah bekerja dengan mendiang.” - Model, Karlie Kloss

Naomi Campbell
Naomi Campbell
Terlalu banyak kenangan untuk ditulis. Terima kasih, terima kasih, terima kasih!!!. Kerana telah mengambil gadis berusia 16 tahun dari South London bekerja dengan anda. Semoga anda berehat dengan aman.” - Model, Naomi Campbell

Bruno Pavlovsky
Bruno Pavlovsky
Pertunjukan dan koleksi fesyen yang sudah lepas, semuanya meninggalkan lagenda Gabrielle Chanel dan sejarah House of Chanel. Mendiang telah meluahkan bakat, kepakaran dan pengetahuan yang luar biasa dan telah bersinar di seluruh dunia.” - Presiden Fesyen Chanel, Bruno Pavlovsky