Ahli Parlimen PKR hantar nama calon PM kepada Istana Negara

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua 35 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah selesai menghantar surat akuan bersumpah (SD) bagi mencadangkan nama Perdana Menteri kesembilan kepada Istana Negara.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil kepada Sinar Harian.

"Saya boleh sahkan semua ahli Parlimen PKR sudah hantar surat akuan cadangan nama Perdana Menteri kepada Istana Negara seperti yang diarahkan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Bagaimanapun calon yang dinamakan tidak didedahkan bagi menghormati kerahsiaan yang diarahkan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi ciapan di Twitter turut mempertahankan prinsip kerahsiaan tersebut ketika menjawab potensi majoriti yang mampu diperoleh Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:

Shamsul mempertahankan prinsip kerahsiaan calon yang dinamakan ketika menjawab isu berhubung potensi perolehan majoriti di Twitter.
Shamsul mempertahankan prinsip kerahsiaan calon yang dinamakan ketika menjawab isu berhubung potensi perolehan majoriti di Twitter.

Beliau menjawab ciapan yang menyatakan Datuk Seri Ismail Sabri sudah memperoleh majoriti 115 dan kemungkinan Ahli Parlimen Bera itu mendapat sokongan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah kerana dua parti itu mahu menolak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Propaganda murahan pasukan Ismail Sabri. Jangan mendahului Yang di-Pertuan Agong. Hormatlah sikit. Semua MP telah diingatkan di dalam notis di perenggan 8 untuk menjaga kerahsiaan surat akuan," tulis beliau.

Dalam surat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa memaklumkan bahawa surat akuan bagi setiap ahli Parlimen menyatakan satu nama calon Perdana Menteri baharu perlu dikemukakan selewat-lewatnya jam 4 petang Rabu secara bertulis.

Ahli-ahli Dewan Rakyat juga diminta untuk menjaga kerahsiaan surat akuan berkenaan sehingga satu keputusan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.