[VIEO] BN pilih Ismail Sabri sebagai calon PM

Azalina ketika menjawab soalan media di Menara Dato' Onn pada Selasa.
Azalina ketika menjawab soalan media di Menara Dato' Onn pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinamakan sebagai calon tunggal Perdana Menteri oleh Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan oleh dua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, dan Datuk Seri Azalina Othman Said kepada media yang berkampung di Menara Dato' Onn pada Selasa.

Tajuddin berkata, BN sebulat suara mencalonkan individu yang mesra kepada semua parti.

"UMNO/ BN setuju menamakan calon, sudah tentu (calon mesra kepada semua parti), dah tentu (calon bekas menteri Kabinet lepas).

"Yes, (Datuk Seri) Ismail Sabri," katanya.


Ditanya tentang majoriti, Tajuddin berkata, Ismail sebagai calon PM turut mendapat sokongan parti lain.

"Kita ada majoriti (111) dengan sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas...," katanya.

Sementara itu, Azalina berkata, keputusan yang dicapai UMNO/ BN pada mesyuarat berkenaan membuktikan parti itu tidak berpecah meskipun dilihat bermasalah.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memaklumkan kesemua ahli Parlimen BN diberitahu bahawa calon yang dinamakan akan mempunyai sokongan bagi mendapatkan lebih daripada 111 majoriti.

"Sebagaimana yang ramai nyatakan, siapa pun yang menguruskan negara perlu memberi tumpuan kepada pandemik Covid-19 dan ini akan menjadi usaha bersama.

"Benar Ismail Sabri (diangkat sebagai calon PM) kerana secara teknikalnya beliau mendapat sokongan tertinggi selain daripada Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Presiden Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) (Datuk Seri Najib Razak) dan beliau juga pernah menjawat TPM dan dilihat mudah diterima dalam kalangan kami. Kita harapkan yang terbaik," katanya.