X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Lelaki cedera kereta dihempap pokok

Kenderaan kereta mangsa remuk dihempap pokok tumbang di Gerik. - Foto ihsan bomba
A
A

GERIK - Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dipandunya dihempap pokok tumbang berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Batu 2, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Kancil berusia 42 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Pengkalan Hulu menuju ke Gerik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 2.56 petang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kenderaan tersebut dihempap sebatang pokok tumbang dan mengenai bahagian hadapan kereta menyebabkan mangsa cedera di tangan.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Gerik. - Foto ihsan bomba.
Mangsa yang mengalami kecederaan ringan diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Gerik. - Foto ihsan bomba.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi. Anggota bertindak memberi rawatan awal dan menghantarnya ke Hospital Gerik dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya.

Menurutnya, bomba kemudiannya meneruskan kerja-kerja memotong pokok sambil dibantu polis dan syarikat Belati Wangsa Sdn Bhd.

"Pasukan membantu memotong pokok dengan menggunakan gergaji berantai dan parang bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di tempat kejadian.

"Anggota memastikan keadaan sekeliling selamat untuk dilalui kenderaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 3.47 petang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!