X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

11 deretan kedai musnah terbakar

Api marak memusnahkan sembilan kedai.
A
A

TANAH MERAH - Sebanyak 11 buah kedai sederet yang berstruktur separuh kekal hangus dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Bukit Bunga,di sini awal pagi tadi.

Ketua Cawangan Perakuan Bangunan Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Rozlan Seman berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 9.22 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kami tiba di lokasi jam 9.44 pagi dan operasi pemadaman melibatkan anggota daripada Balai Bomba Tanah Merah dan Jeli serta turut dihadiri pegawai-pegawai kanan bertugas.

“Anggaran kemusnahan melibatkan sembilan buah kedai yang musnah 80 peratus, sebuah kedai terbakar 30 peratus dan sebuah lagi sebanyak sekitar lima peratus sahaja.

“Struktur tandas serta surau di bahagian belakang tidak terjejas dan kejadian ini tidak melibatkan orang awam,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, seorang pegawai bomba bantuan (PBB) daripada BBP Jeli mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital, bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Api dapat dipadamkan sepenuhnya jam 12 tengah hari dan punca kejadian masih dalam siasatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!