Martinez masih setia bersama Inter Milan

Pemain Inter Milan, Lautaro Martinez merembat ke pintu gol lawan. - Foto Sports Illustrated
Pemain Inter Milan, Lautaro Martinez merembat ke pintu gol lawan. - Foto Sports Illustrated
A
A
A

BIARPUN kehilangan gandingan serangannya, Romelu Lukaku yang memutuskan untuk menyertai Chelsea, penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez dilihat masih bersemangat untuk terus beraksi bersama gergasi Serie A, itu bagi mengharungi saingan musim baharu kelak.

Perkara itu ditegaskan ejen pemain berkenaan, Alejandro Camano yang menyifatkan penyerang kelahiran Argentina berusia 23 tahun itu dilihat kian serasi dan selesa beraksi untuk skuad Nerazzuri itu.

Camano berkata, Martinez juga pernah menyuarakan bahawa dia mahu sekali lagi memenangi trofi untuk Inter musim ini selain beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara bersama juara Serie A, musim lalu itu.

“Dia (Martinez) mahu terus beraksi dengan Inter, memenangi trofi Scudetto (Serie A) dan beraksi dalam Liga Juara-Juara.

“Dia juga kelihatan gembira di sini dan saya ramalkan dia juga tidak memikirkan untuk meninggalkan Itali terutamaya saingan Serie A.

“Oleh itu, kami akan cuba sedaya yang boleh untuk membolehkan dia terus beraksi bersama kami di sebalik pelbagai tawaran kepadanya ketika ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Martinez.- Foto Football Transfers
Martinez.- Foto Football Transfers

Untuk rekod, Martinez mula beraksi dengan Nerrazurri sejak musim 2018 lalu dari kelab Racing di Argentina dan setakat ini dia telah menjaringkan 49 gol daripada 132 perlawanan.

Sementara itu Camano berkata, Martinez juga tidak banyak mengeluh biarpun beberapa perubahan besar berlaku kepada Inter Milan, ketika ini.

Malah Martinez juga dilihat semakin bersemangat untuk mengharungi saingan musim baharu Serie A dalam usahanya membantu Inter Milan melakar lebih banyak kejayaan musim ini.

“Bagi saya, Martinez tidak hanya bercakap mengenai wang, tetapi dia lebih mementingkan bola sepak dengan beraksi bersama pasukannya.

“Soal wang diserahkannya kepada pihak ejen dan yang paling penting ketika ini kita boleh simpulkan bahawa dia benar-benar gembira bersama Inter Milan,” katanya.