Tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD mulai Rabu ini

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang bermula Rabu sehingga 30 Ogos ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang bermula Rabu sehingga 30 Ogos ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang bermula Rabu sehingga 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Mentadak Baru, Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2 Jalan Apes dan Kampung Hidayat, Batu 4.

Turut terlibat, Taman Semarak Jaya, Lorong Damai dan Lorong Haji Marzuki, Jalan Damai," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, satu lokaliti di Kampung Luit di Maran, Pahang turut dikenakan PKPD.

Dalam pada itu, Rodzi berkata, PKPD di dua lokaliti masing-masing satu di Sarawak dan Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan lagi.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

"Ia membabitkan Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah, Sarawak yang dilanjutkan mulai Rabu ini hingga sehingga 31 Ogos.

"Sementara itu, Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang dilanjutkan tempoh sehingga 24 Ogos depan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Rodzi berkata, 11 lokaliti di Pahang, Sabah, Terengganu, Kelantan dan Sarawak pula ditamatkan esok seperti tarikh yang dijadualkan.

Menurutnya, ia membabitkan dua lokaliti di Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang iaitu Kampung Bedu dan Kampung Pamah Kulat yang dikenakan PKPD sejak 21 Julai lalu.

"Dua lagi kawasan adalah di Sungai Klau dan Sungai Chalit dekat Raub, Pahang; Kampung Selagon dan Kampung Binsulok di Beaufort, Sabah serta Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram di Mukim Bandi, Kemaman, Terengganu.

"Kawasan lain yang tidak terkecuali adalah Kampung Belian dekat Mukim Sungai Pinang di Tumpat Kampung Tok Sadang dekat Mukim Badang di Kota Bharu, Kelantan dan Kampung Bintawa Hilir di Kuching, Sarawak," katanya.