Pemandu SUV maut ditembak empat das

Polis sedang memeriksa di lokasi kejadian di Bukit Rahman Putra di sini pada Isnin. Gambar kecil: Shafa'aton
Polis sedang memeriksa di lokasi kejadian di Bukit Rahman Putra di sini pada Isnin. Gambar kecil: Shafa'aton
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki maut selepas ditembak empat das oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam memaklumkan bahawa seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover ditembak pada jam 1.30 petang.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa berusia 42 tahun ditembak sebanyak empat das.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.15 petang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shafa'aton berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dam kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian berkenaan boleh menghubungi pihak polis di talian 03- 61561222.

Artikel Berkaitan: