Lebih 33 tan makanan haiwan dari Thailand dirampas

Dua buah lori yang membawa makanan haiwan dari negara Thailand ditahan MAQIS di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.
Dua buah lori yang membawa makanan haiwan dari negara Thailand ditahan MAQIS di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan dua buah lori yang membawa makanan haiwan dari negara Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.

MAQIS Kedah dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan Pegawai Penguatkuasa Magis mendapati lori yang membawa muatan makanan haiwan sebanyak 33.1874 tan tersebut cuba dibawa masuk ke Malaysia.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua barangan tersebut ditahan kerana telah melanggar syarat Permit Import Maqis iaitu dengan mengemukakan sijil kesihatan veterinar yang telah tamat tempoh.

Makanan haiwan dari negara Thailand yang cuba dibawa masuk ke Malaysia untuk pasaran tempatan yang dirampas di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.

"Kesemua makanan haiwan untuk pasaran tempatan itu dianggarkan bernilai RM255,951.45 dan telah ditahan untuk tindakan lanjut.

"Kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," kata kenyataan itu pada Isnin.

Maqis Kedah berkata, hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama sekiranya sabit kesalahan.