Deen Hot FM, terharu bergelar bapa

Deen Hotfm - Foto Instagram Deen Hor FM
Deen Hotfm - Foto Instagram Deen Hor FM
A
A
A

SELEPAS dua tahun menanti, penyampai radio Hot FM, Deen, 31, akhirnya bergelar bapa apabila isterinya, Siti Nur Warda Aminuddin selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 22 Februari lalu.

Bayi perempuan comel yang dilahirkan menerusi kaedah pembedahan atas nasihat doktor di sebuah pusat perubatan terkenal ibu kota diberi nama Leia Zarra.

Menurut Deen atau nama lengkapnya Nordin Madian, sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar, dia merasa cukup terharu dengan kelahiran anak sulungnya sehingga menitiskan air mata.

Deen Hotfm - Foto Instagram Deen Hor FM
Deen Hotfm - Foto Instagram Deen Hor FM

"Pengalaman paling indah apabila bayi keluar saja dia terus menangis tetapi apabila saya memanggil namanya, dia terus senyap.

"Perasaan sebak dan terharu bercampur-baur kerana dia tahu itu ialah namanya apatah lagi sewaktu bayi masih dalam kandungan saya suka memanggil namanya itu," ujar Deen.

Deen dan isteri mendirikan rumah tangga pada Disember 2016.

Artikel Berkaitan: