Shopee pastikan pekerja divaksin menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat

No Image Caption
A
A
A

Kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat kembali lagi bagi memanfaatkan ramai rakyat Malaysia melalui baucar diskaun, pulangan tunai dan subsidi penghantaran percuma yang akan membantu dalam pengurusan kos sara hidup serta dapat menggembirakan pengguna.

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah pengguna akan berasa gusar mengenai wabak yang menyerang dunia ini dan risau membeli belah walaupun di dalam talian. Oleh itu, Shopee telah mengambil inisiatif dengan menjalinkan kerjasama dengan program vaksinasi sektor swasta bagi memastikan pekerjanya diberikan vaksin sepenuhnya dan pelanggan boleh membeli-belah dalam talian dengan lebih selamat.

Warga kerja Shopee merupakan tulang belakang organisasi tersebut. Pada waktu ini, pekerja barisan hadapan bahagian logistik, Shopee Express dan pasukan yang berkerja di bahagian Gudang mempunyai risiko tinggi terkena jangkitan kerana sering berhubung dengan pelanggan. Pihak Shopee akan sentiasa memantau kesihatan dan keselamatan pekerjanya dari semasa ke semasa.

“Kami berusaha untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat daripada Covid-19 melalui program ini sekaligus menyumbang kepada matlamat negara untuk mencapai imuniti kelompok., Keselamatan mereka dan pelanggan kami adalah keutamaan kerana wabak akan memberi kesan pada kehidupan rakyat Malaysia. "menurut kata Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang.

No Image Caption

“Kami ingin menjalankan tugas kami untuk membantu semua orang membeli-belah dengan tenang dan membantu perniagaan tempatan menjual dengan lebih mudah.

Pang berkata, komitmen ini muncul menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat yang akan berlangsung dari 20 Ogos hingga 9 September yang akan menawarkan pelbagai promosi kepada pelanggan Shopee.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Beli dan menang Mercedes-Benz

Pastinya, pembeli tidak sabar untuk membuat tuntutan Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee 99% tanpa perbelanjaan minimum. Malahan, para pengguna berpeluang memenangi Mercedes-Benz yang baru dengan menyertai permainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpulkan tiket emas setiap hari dan Shopee turut mengadakan Ogos 25 Jualan Hari Gaji yang akan menampilkan RM25 Knockout Deals di mana pengguna boleh mendapatkan penggoreng udara (air fryer), beg British Polo, perabot dan barangan elektronik pada harga hanya RM25.

Selain dari program vaksinasi pekerja, Shopee turut memperjuangkan usaha memerangi pandemik sejak bermulanya penularan wabak Covid-19 dengan memperuntukkan 1 juta pek baucar Shopee bernilai RM40 setiap satu melalui kempen #ShopeeAjakVaksin untuk memberi penghargaan kepada penerima vaksin Covid-19 di pusat vaksinasi terpilih di seluruh negara bagi mendorong orang ramai untuk mematuhi janji vaksinasi mereka.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang
Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang

“Pada tahun lepas, Shopee bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), telah mengumpul derma orang ramai sebanyak RM1 juta sebagai usaha membantu barisan hadapan perubatan negara,”katanya.

Pang berkata, Shopee turut memperkenalkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta pada bulan April 2020 untuk membantu perniagaan tradisional yang sedang menghadapi masalah aliran tunai kerana Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami memperkenalkan Pakej Pembangunan Marketplace Shopee untuk memberikan manfaat sehingga RM1,600 baucar kedai dan kredit iklan untuk membantu penjual Shopee berkembang di platform kami. Kedua-dua inisiatif itu bukan sahaja membantu ekonomi tempatan tetapi juga mengurangkan kesan buruk wabak itu terhadap perniagaan mereka"

“Shopee turut menawarkan baucar penghantaran percuma melalui kempen "Stay Home, Stay Safe" untuk memberi rakyat Malaysia akses kepada barang-barang penting seperti bahan makanan segar dan sejuk beku, bahan memasak, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, produk penjagaan diri, barang keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan kerja dari rumah secara dalam talian,”katanya.

Orang ramai khususnya pelanggan Shopee boleh berbelanja dengan yakin pada 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee.

Selamat Membeli-belah!