Presiden Ashraf Ghani tinggalkan Afghanistan

Ashraf Ghani.- Foto Reuters
Ashraf Ghani.- Foto Reuters
A
A
A

PRESIDEN Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani meninggalkan negara itu pada malam Ahad, selepas Taliban dilaporkan mula memasuki ibu kota Kabul.

Ketua Majlis Rekonsiliasi Nasional Afghanistan, Abdullah Abdullah, mendedahkan perkembangan itu dalam satu rakaman video di laman Facebooknya, lapor Agensi Berita Xinhua.

Abdullah turut menyalahkan presiden berkenaan yang dikatakan bertanggungjawab atas keadaan yang berlaku ketika ini.

Dalam pada itu, beliau meminta pasukan keselamatan Afghanistan untuk terus mengekalkan udang-undang dan ketenteraman awam selain meminta orang ramai bertenang.

Selain Xinhua, saluran TV tempatanTolo News TV juga melaporkan Ghani telah meninggalkan Afghanistan, namun tiada pihak dapat mengesahkan lokasinya ketika ini.

Seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa presiden itu menuju ke Tajikistan, sementara seorang pegawai Kementerian Luar Negeri mengatakan bahawa destinasinya belum diketahui.

Laporan itu keluar selepas Taliban dilaporkan sudah memasuki Kabul pada Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Afghanistan hanya beberapa jam selepas Taliban menguasai Bandar Utama Jalalabad. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan: