Angka korban gempa bumi Haiti meningkat 724 mangsa

Bandar yang mengalami kerosakan besar ialah Les Cayes di mana banyak bangunan runtuh dan pihak berkuasa masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. - Foto Reuters
Bandar yang mengalami kerosakan besar ialah Les Cayes di mana banyak bangunan runtuh dan pihak berkuasa masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. - Foto Reuters
A
A
A

PORT-AU-PRINCE - Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 724 mangsa, pada awal pagi Isnin.

Mangsa yang cedera pula meningkat sebanyak 2,800 orang.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berkekuatan 7.2 pada skala Ritcher disusuli gempa susulan dirasai di bandar Petit Trou de Nippes kira-kira 150 kilometer barat ibu kota Port-au-Prince, pada kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi pada 8.30 pagi waktu tempatan itu turut dirasai sehingga ke Cuba dan Jamaica.

Gegaran kali ini lebih kuat dan dalam berbanding gempa bumi 7.0 magnitud yang mengorbankan puluhan ribu orang di negara termiskin Amerika itu 11 tahun lalu.

Bagaimanapun saksi awal memberitahu gempa kali ini tidak menyebabkan kerosakan besar.

Perdana Menteri Ariel Henry mengisytiharkan darurat selama sebulan.

Bandar yang mengalami kerosakan besar ialah Les Cayes di mana banyak bangunan runtuh dan pihak berkuasa masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Artikel Berkaitan:

Air membanjiri bandar itu menyebabkan panik akan berlakunya tsunami.

Media Haiti melaporkan beberapa orang di sepanjang pantai telah melarikan diri ke kawasan pergunungan.

Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami setelah gempa, namun ia ditarik balik tidak lama kemudian.

Presiden AS Joe Biden meluluskan tindakan segera ke atas insiden gempa tersebut dan menamakan Samantha Power, pentadbir Agensi Pembangunan Antarabangsa sebagai penyelaras usaha pemullihan.

Gempa berlaku hanya sebulan selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise.

Bencana alam terbaharu ini menyebabkan sejumlah besar rakyat Haiti berdepan satu lagi masalah iaitu kelaparan dan kebuluran ketika mana perkhidmatan kesihatan dibanjiri oleh pesakit Covid-19. - Sumber Awani