Tiada patung lilin pemimpin komunis China di i-City: MBSA

MBSA telah membuat pemantauan di Red Carpet, Muzium Patung Lilin di i-City, Shah Alam dan mendapati tiada patung lilin pemimpin komunis China seperti yang didakwa. - Foto sumber internet
MBSA telah membuat pemantauan di Red Carpet, Muzium Patung Lilin di i-City, Shah Alam dan mendapati tiada patung lilin pemimpin komunis China seperti yang didakwa. - Foto sumber internet
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membuat pemantauan di Red Carpet, Muzium Patung Lilin di i-City di sini, dan mendapati tiada patung lilin pemimpin komunis China seperti yang tular di dalam sebuah blog baru-baru ini.

“Pihak MBSA turut memeriksa dan mendapati premis itu telah ditutup sejak Mac 2020 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ekoran pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, MBSA memohon kerjasama orang ramai supaya mendapatkan fakta yang tepat dan sahih sebelum menyiarkan sesuatu maklumat sama ada melalui platform media sosial atau media massa kerana boleh menimbulkan kekeliruan serta gambaran yang kurang jelas kepada orang awam. - Bernama

Artikel Berkaitan: