Kadang-kadang spontan tak sengaja: Afzan Rahman

Afzan
Afzan
A
A
A
PELAKON, Afzan A. Rahman memberitahu, sebagai pelakon dia tidak terlepas daripada digandingkan dengan pelakon wanita.

Justeru itu, dia cuba untuk elak daripada bersentuhan dengan wanita bukan mahramnya.

“Kalau boleh saya ingin mengelak melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Bukan setakat untuk menjaga hati isteri semata-mata, malah untuk menjadi umat Islam yang lebih baik pada pandangan-Nya.

“Walau bagaimanapun, kadang-kadang babak yang spontan dengan tidak sengaja juga tak dapat nak dielakkan sebab ia di luar kawalan,” katanya kepada Sinar Harian.
Artikel Berkaitan:


Mengenai perkembangan kerjaya Afzan sedang menjalani penggambaran sebuah drama Dia Menantu Rahsia untuk Slot Akasia di saluran TV3, dan Salahku di Slot Lestari di bawah terbitan A. Aida Production.