Pelajar asrama dipukul sebab rokok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelatih asrama lelaki cedera dipukul beberapa pelatih lain di sebuah asrama di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Jalan Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang mahu memaklumkan kepada pihak warden mengenai kegiatan suspek membawa rokok ke asrama.

Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, mangsa berusia 14 tahun dilaporkan patah tangan kanan dan sedang menerima rawatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur).

"Polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat pada 6.30 petang, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, beberapa suspek yang memukul mangsa sudah dikenal pasti.

“Bagaimanapun, belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: