Bulan Kemerdekaan disambut dengan SOP ketat

Bashir (dua dari kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Labuan, Rithuan Ismail (kanan) sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Labuan yang berlangsung di Balai Polis Daerah Labuan pada Sabtu. - Foto Bernama

A
A
A

LABUAN - Labuan akan menyambut bulan Kemerdekaan dengan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, sambutan peringkat Labuan telah dilancarkan secara maya oleh Senator Datuk Bashir Alias di pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Labuan pada Sabtu, diikuti acara mengibar bendera oleh anggota polis di ibu pejabat polis Labuan.

Acara itu diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada 10 agensi kerajaan oleh Bashir, manakala Pasukan Info On Wheels (IOW) Jabatan Penerangan Labuan telah menyerahkan bendera kebangsaan itu kepada wakil subzon 1 dan 2 yang membabitkan tujuh buah kampung.

Dalam ucapannya, Bashir berkata, menaikkan bendera di sepanjang jalan di seluruh pulau, di premis agensi kerajaan, bangunan milik sektor swasta dan kampung-kampung, sudah cukup untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Labuan kini berada dalam fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang melibatkan kelonggaran pada kawalan pergerakan dan pembukaan sektor ekonomi. - Bernama

Artikel Berkaitan: