X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Pekerja pembaikan jalan maut nahas tiga kenderaan

Seorang pekerja syarikat pembaikan jalan maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Mahameru di sini pada awal pagi Sabtu. Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja syarikat pembaikan jalan maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Mahameru di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan.

Menurut beliau, kejadian berlaku selepas pemandu kereta jenis Proton Waja dari arah Jalan Duta melanggar papan amaran di belakang lori yang berhenti di lorong kanan sebelum terbabas ke dalam kawasan pembaikan lalu melanggar sebuah lori lagi dan mesin 'stroller'.

"Akibat pelanggaran, mesin 'stroller' tersebut terpelanting dan terkena mangsa serta dua lagi rakan sekerjanya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Sarifudin, mangsa maut di tempat kejadian, manakala dua yang cedera dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kini polis sedang mengesan seorang lelaki bernama Kesavan Gunaseelan yang alamat terakhirnya dikesan di Jalan Taman Sri Sentosa di sini untuk membantu siasatan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!