Muhyiddin sudah tiada majoriti lagi: Najib

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa dirinya sudah tiada majoriti lagi kata ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perutusan khas yang dibuat oleh Muhyiddin merupakan satu 'perutusan politik' tanpa sebarang langkah untuk menyelamatkan negara.

"Sekadar ucap takziah pada permulaan ‘perutusan politik’ tadi tanpa sebarang langkah segera seperti melepas batu di tangga.

"Al-Fatihah pun tidak lagi dibaca sebagaimana sebelum ini.

Ucapan tadi lebih untuk menyelamatkan dirinya yang kita semua tahu sudah gagal segagal-gagalnya.

"Dia pun sudah mengaku tidak mempunyai majoriti lagi," katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau.

Najib berkata, Muhyiddin perlu sedar ketika melakukan sogokan secara terang-terangan secara umum dalam siaran secara langsung di televisyen neagra berhadapan dengan pelbagai masalah.

"Semalam 318 kes kematian dengan 93 (pecah rekod) daripadanya adalah kematian luar hospital (Brought in Dead).

Artikel Berkaitan:

"Hari ini 277 kes kematian dengan 96 daripadanya adalah kematian luar hospital. Setiap hari ratusan rakyat terkorban," ujar beliau.

Najib turut menimbulkan persoalan mengenai keadaan negara yang begitu parah sehingga rakyat kehilangan ahli keluarga.

"Hampir 100 nyawa terkorban di luar hospital setiap hari tanpa peluang menerima rawatan?

"Ini bukan Malaysia. Ini satu kezaliman di atas kegagalan pentadbirannya yang sangat sukar untuk sokong atau maafkan," jelasnya.

Tambah beliau, sebanyak 1,789 kematian dalam tempoh tujuh hari lalu sahaja iaitu kadar kematian paling tinggi dalam dunia berbanding saiz penduduk biarpun PKP 3.0 sudah berlangsung lebih tiga bulan.

Ujarnya, kerajaan juga sudah diberi kuasa penuh darurat selama tujuh bulan dan dana RM600 bilion sudah dibelanja tanpa hasil nyata.

"Adakah ini masih dikira sebagai tidak gagal cuma belum berjaya?

"Adakah kamu ada sebarang rasa kesian pada rakyat atau rasa bersalah?" soal beliau.