Ketua AMK Gombak buat pusingan U

Gambar kiri: Arie Yudhistira Ishaq Arifin Fadli.Surat yang dikongsi kepada Sinar Harian
Gambar kiri: Arie Yudhistira Ishaq Arifin Fadli.Surat yang dikongsi kepada Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Arie Yudhistira Ishaq Arifin Fadli yang mengumumkan melepaskan jawatan sebagai pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Gombak pada Selasa lalu menarik semula keputusan itu, pada Jumaat.

Arie Yudhistira berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dan menerima pandangan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam organisasi AMK.

Menurutnya, keputusan itu juga diambil setelah meneliti dan mendapati proses perletakan jawatannya pada Selasa lalu serta pelantikan pengganti bagi jawatan itu tidak mengikut Peraturan Tetap AMK 2014.

"Terdapat kepincangan dan kecelaruan dalam proses tersebut. Justeru, bagi mengelakkan implikasi negatif yang lebih besar terhadap AMK Gombak dan

Cabang Gombak, keputusan saya ini adalah satu keputusan wajar.

"Biarlah proses selepas ini berjalan dengan tertib dan teliti," katanya dalam surat permohonan bagi menarik semula keputusan melepaskan jawatan yang dikongsi kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Selasa sejurus Arie Yudhistira melepaskan jawatannya, Naib Ketua AMK Selangor, Muadzam Mohamed Shariff kemudiannya dicalonkan sebagai pemangku Ketua AMK Gombak yang baharu.

Pemangku Setiausaha AMK Gombak, Khairul Anwar Rosnan dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat dengan suara majoriti oleh Jawatankuasa AMK Gombak menerusi mesyuarat khas yang diadakan pada hari sama.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Arie Yudhistira memohon maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, seluruh pimpinan Cabang di atas perkembangan itu dan yakin ia tidak akan berulang lagi.

"Saya berjanji perkara ini akan diselesaikan dengan penuh harmoni dan semangat setiakawan serta menghargai kerjasama yang telah diberikan semua pihak atas kesulitan yang berlaku," katanya.