Dua NGO hadir serah memorandum di Istana Negara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat.

Memorandum pertama adalah daripada Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) berhubung permohononan pengampunan diraja ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus mencadangkan beliau sebagai perdana menteri interim.

Memorandum itu disampaikan sendiri oleh presidennya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz pada jam 11.10 pagi.

Sementara itu, memorandum kedua pula melibatkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang memohon agar Seri Paduka Baginda campur tangan untuk menghentikan percakaran antara para pemimpin parti-parti politik di negara ini seterusnya memberi keutamaan kepada nyawa rakyat.

Memorandum itu disampaikan oleh pengerusinya, Mohd Zai Mustafa.

Memorandum yang mewakili Ummah dan 175 NGO Islam itu turut melahirkan kebimbangan terhadap krisis politik yang tidak berkesudahan akan meletakkan negara dalam keadaan yang tidak stabil.

Kedua-dua sidang media itu berlaku di lokasi yang sama iaitu di Pintu Tiga, Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN:PSUAM cadang Najib sebagai PM interim

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Ummah, 175 NGO rayu Agong campur tangan