Tujuh individu dipanggil beri keterangan berkaitan himpunan 21 Ogos

Tujuh aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dipanggil ke IPD Dang Wangi, pada Jumaat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan perhimpunan #Lawan yang dijadualkan berlangsung 21 Ogos ini.
Tujuh aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dipanggil ke IPD Dang Wangi, pada Jumaat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan perhimpunan #Lawan yang dijadualkan berlangsung 21 Ogos ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Jumaat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan perhimpunan #Lawan yang dijadualkan berlangsung 21 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan kesemua mereka hadir di IPD berkenaan.

"Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beberapa individu lain akan turut dipanggil dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada 7 Ogos lepas, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan itu.

Acryl Sani menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai perhimpunan itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tegas jika anjur, sertai himpunan 21 Ogos ini: PDRM

Artikel Berkaitan: