GTSM mohon lanjut tempoh perbaharui lesen memandu, cukai jalan

Kamarudin menunjukkan surat rayuan yang dihantar kepada pihak JPJ bagi memohon penangguhan perbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga berakhir pandemik Covid-19 atau pada hujung tahun.
Kamarudin menunjukkan surat rayuan yang dihantar kepada pihak JPJ bagi memohon penangguhan perbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga berakhir pandemik Covid-19 atau pada hujung tahun.
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) memohon tempoh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan ditangguhkan sehingga berakhir pandemik Covid-19 atau pada hujung tahun bergantung kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pihaknya menghantar surat rayuan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim di Putrajaya pada Rabu dan salinannya kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong

Kamarudin berkata, rayuan tersebut dibuat berhubung ketetapan JPJ sebelum ini yang mewajibkan semua pemilik kenderaan khususnya kenderaan perkhidmatan atau pengangkutan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu selewat-lewatnya pada 30 September ini.

Menurut beliau, kegagalan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu perbaharui lesen serta cukai jalan pada tarikh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas oleh JPJ.

“Pelaksanaan PKP sejak tahun lalu dan PKP 3.0 tahun ini menyebabkan kami tidak mampu untuk membeli makanan untuk keluarga apatah lagi memperbaharui lesen dan cukai jalan seperti yang diarahkan oleh JPJ.

“Trend peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang tinggi setiap hari juga menimbulkan kebimbangan kepada kami sekiranya kerajaan akan melaksanakan PKP yang lebih ketat sekali lagi dan akan mengganggu operasi.

“Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk JPJ mengarahkan rakyat khususnya kami dari sektor pengangkutan memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu, JPJ seharusnya mengambil maklum keadaan semasa negara dan keadaan rakyat yang sedang bergelut dalam kepayahan hidup,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Saman jika gagal perbaharui lesen bermula 1 Oktober: JPJ

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, JPJ juga perlu melihat keupayaan kaunter mereka menerima kehadiran pengguna yang ingin mengadakan urusan memperbaharui lesen dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, segala urusan di kaunter JPJ mahupun Pejabat Pos buat masa ini perlu melalui janji temu, yang mana pihaknya turut menerima rungutan tempoh menunggu temu janji terlalu jauh.

“Kami percaya keprihatinan Zailani dan Ka Siong akan mempertimbangkan rayuan ini,” katanya.