Aplikasi Pemetaan Capaian Internet bakal dilancar

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melancarkan aplikasi Pemetaan Capaian Internet dalam masa terdekat sebagai panduan kepada pengguna untuk memilih syarikat telekomunikasi (telco) yang menyediakan perkhidmatan internet terbaik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, aplikasi tersebut menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan berkualiti daripada syarikat telekomunikasi sedia ada di negara ini.

Menurutnya, pembangunan aplikasi itu adalah hasil dapatan daripada mesyuarat berkala yang diadakan bersama telco yang sering membincangkan tentang Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Justeru, kita akan lancarkan aplikasi ‘Internet Mapping’ yang membolehkan pengguna mengenal pasti telco mana yang menyediakan perkhidmatan capaian internet terbaik,” katanya pada sidang media selepas program Turun Padang Secara Maya bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) pada Khamis.

Program itu turut dihadiri lapan ketua jabatan di bawah CSM yang membentangkan laporan gerak kerja Program Pemerkasaan Keselamatan Siber (SiberKASA) sejak dilancarkan pada 23 Mac lepas. -Bernama

Artikel Berkaitan: