Bilik isolasi terbakar: Kebakaran bukan sebab tangki oksigen

Kenyataan akhbar Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengenai kejadian kebakaran di bilik isolasi, Wad 10 Hospital Slim River.
Kenyataan akhbar Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengenai kejadian kebakaran di bilik isolasi, Wad 10 Hospital Slim River.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kesihatan negeri Perak menjelaskan kejadian kebakaran yang berlaku di bilik isolasi Wad 10 Hospital Slim River pada 10 Ogos lalu bukan disebabkan tangki oksigen.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, punca kejadian masih belum diketahui kerana masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar jam 7.20 petang itu turut melibatkan seorang pesakit lelaki yang ditempatkan di dalam bilik tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit melecur, bilik isolasi hospital terbakar

"Jururawat dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas dengan segera mengalihkan pesakit ke tempat yang selamat. Kebakaran telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan melecur sembilan peratus pada bahagian tangan dan telah diberi rawatan lanjut.

"Pesakit kini berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan yang di muat naik di laman Facebook jabatan berkenaan pada Rabu.

Pada Selasa, seorang pesakit lelaki dilaporkan melecur di tangan kiri apabila pengatur tekanan oksigen (oxygen pressure regulator 02) terbakar di bilik isolasi, Hospital Slim River, Tanjung Malim.

Sepasukan 10 anggota Bomba dan Penyelamat Slim River kemudian bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.42 petang.

Artikel Berkaitan: