X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

KPM disaran keluarkan garis panduan buka sekolah: ABIM

Gambar hiasan. Gambar kecil: MUHAMMAD FAISAL
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran untuk mengeluarkan garis panduan yang membolehkan sekolah dibuka secara bertahap dan perancangan masa depan pendidikan negara pasca Covid-19.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihak KPM juga perlu bersedia dengan perancangan rapi terutama bagi mendapat kepercayaan ibu bapa dan guru sebelum sesi persekolahan dibuka memandangkan kes harian dan angka kematian akibat Covid-19 kini semakin membimbangkan

Beliau berkata, pihaknya turut mengambil contoh amalan di negara luar yang menjadikan beberapa petunjuk sebagai kayu ukur.

"Antaranya termasuklah kadar vaksinasi, jumlah kes kematian dan jangkitan harian, statistik penggunaan katil hospital, serta kajian tentang kehadiran varian baharu sebelum sesuatu negara mengambil keputusan untuk melonggarkan sebarang kawalan.

"Pihak KPM juga harus memastikan seluruh warga sekolah termasuk pengusaha kantin, pemandu bas dan ekosistem persekolahan diberikan keutamaan dan dipastikan mendapat dua dos lengkap vaksin," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah akan dibuka semula secara berperingkat mulai 1 September

Bimbang varian baharu

Petisyen desak KPM tangguh buka sekolah dilancarkan

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan daripada KPM bahawa sesi persekolahan dijangka akan dibuka pada September 2021.

Dalam pada itu, Muhammad Faisal berkata, memandangkan negara ini menutup sesi persekolahan secara bersemuka melebihi 35 minggu pada tahun 2020, dan hampir mencecah lebih 20 minggu untuk tahun 2021, ternyata telah memberi kesan besar kepada perjalanan pembelajaran murid dan pelajar.

Sehubungan itu, katanya, ABIM turut menegaskan bahawa terdapat keperluan bagi pihak KPM menyediakan satu perancangan dan dasar untuk pendidikan kebangsaan pasca Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!