SPRM kesan Azmy Thani, Wong Wai Kit

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan pengurusan kes SPRM di mahkamah.

Menurut SPRM dalam kenyataan pada Rabu, dua lelaki itu dikenali sebagai Azmy Thani dan Wong Wai Kit.

Azmy, 55, beralamat terakhir di No 6, Jalan UB8, Ukay Bestari, Hulu Klang, 68000 Ampang, manakala Wai Kit, 42, mempunyai alamat terakhir di No 35-3-1, Tingkat 3, Jalan BP 7/13, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohd Izhar Hedree Sani di talian 010-3364136 atau 03-55256500, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: