'Sukar lihat Messi bermain bersama kelab lain'

Messi dan Iniesta (kanan) ketika bersama Barcelona.
Messi dan Iniesta (kanan) ketika bersama Barcelona.
A
A
A

BEKAS pemain Barcelona, Andres Iniesta mengakui sukar untuk melihat Lionel Messi menyarung jersi pasukan lain selain Barcelona selepas mengesahkan perpindahan ke Paris Saint Germain (PSG).

Menurutnya, Messi merupakan ikon utama di kelab Catalan itu dan kehilangan pemain tersebut merupakan kehilangan besar kepada pasukan.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam kelab itu dan bagaimana mereka boleh membenarkan Messi pergi. Tetapi, kelab perlu cepat pulih kesan daripada perpindahan Messi ini.

"Sangat sukar untuk melihat dia bermain dengan pasukan lain. Leo mencerminkan pasukan Barcelona dan dia segalanya di kelab itu. Saya tidak pernah melihat pemain lain seperti dia.

"Barcelona akan terus menjadi pasukan terbaik dunia dan mereka perlu memastikan mempunyai pemain seperti Messi pada masa akan datang," katanya.

Messi telah menandatangani kontrak dua tahun bersama PSG selepas Barcelona gagal memberikan kontrak baharu kepadanya ekoran masalah kewangan.

Iniesta yang kini bermain bersama pasukan Jepun, Vissel Kobe pernah beraksi bersama Barcelona dan bermain bersama Messi.

Kelibat mereka berdua dalam pasukan mencipta banyak kejuaraan buat kelab gergasi Sepanyol itu dengan sembilan kejuaraan La Liga dan kejuaraan Liga Juara-Juara.

Artikel Berkaitan: