Angkara tumpahan minyak atas jalan raya

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan akibat tumpahan minyak di KM15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, pada pagi Isnin.
Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan akibat tumpahan minyak di KM15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, pada pagi Isnin.
A
A
A

BENTONG - Sebuah kereta musnah disambar percikan api akibat tumpahan diesel dalam kejadian di Kilometer 15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis di sini awal pagi Isnin.

Kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu turut melibatkan empat kenderaan lain termasuk sebuah van Jabatan Penjara Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohd Shahril Ab Rahman berkata, dalam kejadian itu, seorang pemandu berusia 44 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan siku.

Menurutnya, pemandu dan penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Van Jabatan Penjara Malaysia antara lima kenderaan yang terlibat dalam kemalangan akibat tumpahan minyak di KM15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, pada pagi Isnin
Van Jabatan Penjara Malaysia antara lima kenderaan yang terlibat dalam kemalangan akibat tumpahan minyak di KM15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, pada pagi Isnin

"Berdasarkan siasatan awal, salah sebuah kereta dipercayai dalam perjalanan dari arah Felda Mempaga menghala ke Temerloh.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, berlaku tumpahan minyak dan terdapat percikan api di atas jalan serta menyambar kenderaan tersebut," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mohd Shahril berkata, empat kenderaan lain yang melalui lokasi kejadian kemudian terbabas kerana permukaan jalan yang licin kesan tumpahan minyak itu.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.