Kaunter mohon permit bazar Ramadan sesak

Kaunter permohonan permit Bazar Ramadan 2019 di Lobi MPK sesak dengan peniaga apabila masing-masing membuat permohonan di saat akhir.
Kaunter permohonan permit Bazar Ramadan 2019 di Lobi MPK sesak dengan peniaga apabila masing-masing membuat permohonan di saat akhir.
A
A
A

KLANG – Kaunter permohonan permit Bazar Ramadan 2019 di Lobi Majlis Perbandaran Klang (MPK) sesak dengan peniaga apabila permohonan berkenaan berakhir hari ini.

Walaupun MPK sudah membuka kaunter dengan maksimum, kesesakan tetap berlaku kerana sikap peniaga tetap menunggu hingga saat akhir. Malah rata-rata peniaga ditemui mengaku membuat permohonan di saat akhir kerana mempunyai urusan lain sebelum ini.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, permohonan tapak Bazar Jalan Taiping dan Bazar Juadah Ramadan mula dibuka mulai 1 Februari lalu hingga hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 427 tapak perniagaan di Jalan Taiping diperuntukkan menerusi tender terbuka seperti sebelum ini.

“Tahun ini kita terpaksa mengurangkan 90 tapak bazar bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

"Sehingga 26 Februari, kita menerima sebanyak 280 bidaan dan hari ini tarikh akhir permohonan (permit).

“Dalam pada itu, kita turut menerima 6,090 permohonan bagi permit bazar juadah di 43 kawasan sekitar Klang,” katanya.

Artikel Berkaitan: