Kuarantin di rumah dapat kurangkan kos

Nicole (tengah) ditemui di Pejabat Polis Daerah Seremban pada Isnin selepas membuat laporan polis terhadap Muhyiddin.
Nicole (tengah) ditemui di Pejabat Polis Daerah Seremban pada Isnin selepas membuat laporan polis terhadap Muhyiddin.
A
A
A

SEREMBAN - Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membenarkan individu dari luar negara yang lengkap pengambilan vaksin untuk dikuarantin di rumah semasa tiba di Malaysia merupakan keputusan yang tepat.

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, secara peribadi beliau bersetuju dengan cadangan tersebut bagi mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh individu yang dikuarantin.

"Saya bersetuju dengan kelonggaran tersebut kerana ada yang terpaksa menanggung kos mencecah sehingga RM5,000 untuk sekali sesi kuarantin.

"Cuma pihak berkaitan perlu memberi taklimat atau penerangan yang teliti termasuk hukuman undang-undang seperti kompaun kepada mereka yang kuarantin di rumah, agar mereka lebih berdisiplin," katanya.

Tambahnya, sejak pandemik melanda ramai yang terkesan, bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Muhyiddin yang didakwa telah menipu mengenai sokongan dan hilang majoriti di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Wanita PH negeri merangkap Ketua Wanita PKR negeri, Amni Idris.

Artikel Berkaitan: