ADUN Gual Ipoh lepas jawatan ALP Kesedar

Mohd Bakri
Mohd Bakri
A
A
A

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkuatkuasa serta-merta.

Mohd Bakri berkata, peletakan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Kesedar, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi aplikasi WhatsApp dan akan menghantar surat rasmi selepas ini.

"Keputusan ini dibuat sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti (UMNO).

"Keputusan ini bertepatan dengan pucuk pimpinan UMNO yang membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan pada Isnin.

Menurutnya, keputusan tersebut juga telah dimaklumkan kepada Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.

Beliau berkata, Ahmad Jazlan menghormati keputusan tersebut yang dibuat atas solidariti parti.

Mohd Bakri juga turut mengucapkan terima kasih kepada warga Kesedar yang memberikan kerjasama sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai ALP.

"Saya bersama Kesedar sejak 2019 namun sekali lagi diberikan kepercayaan untuk berada bersama kepimpinan ALP," katanya.

Artikel Berkaitan: