Makkah sedia terima jemaah umrah pada 1 Muharam

Arab Saudi bersedia menerima kehadiran jemaah umrah mulai 1 Muharam ini. - Foto AFP
Arab Saudi bersedia menerima kehadiran jemaah umrah mulai 1 Muharam ini. - Foto AFP
A
A
A

MAKKAH - Pihak Kepresidenan Hal Ehwal Dua Masjid Suci di Arab Saudi menyatakan ia telah menyelesaikan semua prosedur di Masjidil Haram, Mekah untuk menerima jemaah umrah dari luar negara itu pada 1 Muharam iaitu pada 9 Ogos ini, lapor portal berita Saudi Gazette pada Ahad.

Ia juga menyatakan telah menyediakan laluan khas untuk ibadat umrah seperti tawaf dan sa'ee iaitu berlari antara Safa dengan Marwa di Makkah.

Penolong Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci itu, Dr. Saad Bin Muhammad Al-Mheimeid berkata, pihaknya telah melakukan persediaan awal bagi mengendalikan semua laluan di Masjidil Haram dan tawaf serta persediaan lain sebelum ketibaan jemaah umrah.

Beliau turut menegaskan kesediaan semua peringkat kepimpinan di Masjidil Haram untuk memperbaiki operasi penerimaan kehadiran jemaah umrah.

Beliau juga berkata, bahawa pihaknya juga melakukan persediaan untuk mengikut standard antarabangsa kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelawat

masjid tersebut.

Baru-baru ini Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mendedahkan maklumat bahawa ia akan menerima 20,000 umat Islam yang sudah divaksinkan bagi membedung penularan Covid-19 dari luar negara untuk mengerjakan umrah. - Agensi

Artikel Berkaitan: