'Saya tidak berniat membunuhnya, mohon maaf kepada rakyat Thailand'

Lokasi kejadian. - Foto AP
Lokasi kejadian. - Foto AP
A
A
A

BANGKOK - Seorang lelaki warga tempatan dituduh merompak dan membunuh seorang pelancong Switzerland di pulau peranginan Phuket pada Khamis.

Bagaimanapun, lelaki yang merupakan penduduk peribumi Phuket berusia 27 tahun itu berkata, dia hanya mahu merompak mangsa.

Pada satu sidang media oleh pihak polis, suspek yang dikenali Teerawat Thothip, menerusi panggilan telefon mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Menurut suspek, dia masuk ke hutan pada Selasa untuk mencari anggerik liar untuk dijual tetapi tidak berhasil.

Mangsa dipercayai terbunuh semasa berlaku pergelutan ketika suspek mahu merompak mangsa.

"Saya tidak berniat untuk membunuhnya. Saya memohon maaf kepada rakyat Thailand dan keluarga pelancong itu... Saya menyesal dengan apa yang telah saya lakukan," katanya.

Pada Khamis, pelancong wanita berusia 57 tahun ditemukan mati berdekatan kawasan air terjun di pulau peranginan Phuket. Mangsa dikenali Nicole Sauvain-Weisskopf yang tiba di pulau peranginan itu pada 13 Jun di bawah program 'Phuket Sandbox'.

Pada sidang media itu Ketua Polis Negara Jenerak Suwat Jangyodsuk turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan: