Rindu arwah ibu, luah Fazlina Ahmad Daud

Foto:Instagram Fazlina Ahmad Daud
Foto:Instagram Fazlina Ahmad Daud
A
A
A

LAHIR dari keluarga seni, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah, tidak hairanlah Fazlina Ahmad Daud turut mengikut jejak langkah seperti mana kakaknya, Fauziah atau Ogy.

Walaupun mungkin ramai yang lebih mengenali kakaknya, tetapi Fazlina tidak kurang hebatnya dalam bidang lakonan sehingga pernah memenangi pelbagai anugerah.

Terbaru, kelibatnya turut menghiasi drama berepisod 'Dia Menantu Rahsia' bersama merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan judul yang sama hasil tulisan novelis Indah Hairani yang diterbitkan oleh syarikat Buku Prima.

Dua hari lalu melalui merupakan 26 Februari, genap 15 tahun pemergian primadona Datin Saadiah. Perkara itu dimaklumkan di salah satu entri nstagram (IG) milik Fazlina yang meluahkan rasa ridu pada ibunya itu.

"Di mana, kan ku cari ganti... mungkinkah di Syurga... 15 tahun mak tinggalkan orang. Rindu Mak.

"Semoga Mak tenang di sana. Tunggu orang tau.. Al-Fatihah," tulis Fazlina di satu entri bersama gambar ibunya Allahyarham Saadiah atau nama sebenarnya Satya Baharom.

No Image Caption

Fazlina merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata kalangan pengikut turut melahirkan perasaan yang sama terhadap seniwati tersebut.

"Al- Fatihah... Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Dalam banyak pelakon wanita era P Ramlee, arwah saadiah yang paling kita minat selain Sarimah Ahmad," tulis lizawatiabdrahim

"Salam subuh Fazlina... Semoga mak tenang di sana di samping orang orang beriman dan ahli syurga, amin. Al-fatihah buat Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah, amin," tulis imamohd55.

No Image Caption

"Semoga awak tabah dan salam sanyang. Kasih Ibu hingga ke syurga. InsyaAllah sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH (S.W.T). Al - Fatihah buat seniwati kesayangan ramai Saadiah Baharom Amin," tulis msniza65.

"Al-Fatihah... Saya suka sangat tengok Fazlina berlakon," tulis massbaharuddin

"Al - Fatihah... Minat sangat Allahyarham... Lagi-lagi tahi lalat dia itu... Manis lemah lembut sopan... 'Siti Muslihat'," tulis kakzieee.