Lima lokaliti diisytihar PKPD, empat lagi dilanjutkan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lagi lokaliti membabitkan tiga negeri iaitu Sabah, Terengganu dan Kelantan berkuat kuasa 10 Ogos hingga 23 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ketetapan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Menurutnya, di Tawau, Sabah membabitkan Blok 11 Kampung Titingan, Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4.

“Dua kawasan perumahan ladang di Kalabakan, Sabah iaitu Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo serta Kampung Padas, di Kota Kinabalu turut terlibat.

“Selain itu, Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kampung Baru Pupoh, Pasir Puteh Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, empat lokaliti PKPD yang sepatutnya tamat pada 9 Ogos akan dilanjutkan.

Katanya, Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dilanjutkan sehingga 18 Ogos.

"Bagi Kampung Bukit Merbau, Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan; Kampung Banggol Pak Esah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan; dan Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah pula dilanjutkan sehingga 23 Ogos," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, 12 lagi lokaliti PKPD tamat seperti yang dijadualkan berkuat kuasa 9 Ogos 2021.