X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Lapor KPDNHEP jika peniaga naikkan harga tong, air mineral

Datuk Rosol Wahid
A
A

KUALA TERENGGANU - Orang ramai dinasihatkan supaya membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekiranya peniaga menaikkan harga tong dan air mineral, terutama di kawasan yang menghadapi masalah bekalan air.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, terbaharu, pihaknya menerima maklumat bahawa kenaikan harga itu berlaku di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, namun tiada yang tampil membuat aduan rasmi.

"Kalau ada peniaga yang menaikkan harga air mineral atau tong air secara melampau, boleh buat laporan kepada kementerian melalui pelbagai platform seperti aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon yang kami sediakan.

Setakat ini tidak ada laporan rasmi, hanya aduan secara verbal dan kenaikan pula di kawasan kampung, mungkin kerana bekalan air mineral yang berkurang sedangkan permintaan banyak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 530 bakul makanan kepada penduduk kawasan Manir yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 5 Ogos lepas.

Terengganu berdepan masalah bekalan air sejak Isnin lepas berpunca daripada saluran paip pecah di dasar Sungai Terengganu yang melibatkan 28,700 akaun di dua daerah iaitu Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!