Terima kasih Jijoe

Azizulhasni berterima kasih kepada penyokong dan rakyat malaysia ketika majlis penyampaian pingat acara akhir keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Izu Velodrom, Shizuoka. -Bernama
Azizulhasni berterima kasih kepada penyokong dan rakyat malaysia ketika majlis penyampaian pingat acara akhir keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Izu Velodrom, Shizuoka. -Bernama
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kejayaan Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam acara Keirin Sukan Olimpik Tokyo pada Ahad sebagai sesuatu yang amat bermakna kepada negara.

Menurutnya, Azizulhasni telah membuktikan semangat serta kesungguhannya untuk memberikan pingat kepada negara direalisasikan dengan penuh kejayaan.

"Kejayaan beliau cukup bererti dan cukup bermakna dan ini hari terakhir sebelum tirai Olimpik dilabuhkan. Azizulhasni daripada awal lagi telah menjanjikan sesuatu dan beliau adalah antara sebab saya mengemukakan sasaran atas sebab kesungguhan, keiltizam dan kemahuannya.

"Hari ini, beliau telah tunjukkan dan saya bangga sangat kerana semangat luar biasa beliau. Memenangi perak satu hal tetapi berada di Velodrome ini untuk menyaksikan semangat juang beliau.

"Saya yakin rakyat Malaysia sudah menyaksikan macam mana beliau ketika di permulaan dia berada di kedudukan terakhir, dan melakukan kayuhan untuk meraih podium.

"Mewakili rakyat Malaysia, saya berterima kasih kepada beliau kerana pingat perak ini memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Dalam perlumbaan akhir itu, Pingat emas dimenangi oleh Pelumba Britain, Jason Kenny sekali gus mempertahankan pingat yang dimenanginya pada Sukan Olimpik Rio 2016 manakala Pelumba Belanda, Harrie Lavreysen memenangi gangsa.

Artikel Berkaitan: