Amri Yahya bukan 'kaleng-kaleng'

Kurniawan menyifatkan pengalaman Amri Yahyah banyak membantu Sabah FC dalam mengharungi saingan Liga-M musim ini.- Foto Sabah FC
Kurniawan menyifatkan pengalaman Amri Yahyah banyak membantu Sabah FC dalam mengharungi saingan Liga-M musim ini.- Foto Sabah FC
A
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto menyifatkan kehadiran penyerang berpengalaman Amri Yahya banyak membantu The Rhinos dalam mengharungi saingan sengit Liga Malaysia (Liga-M).

Malah menurut Kurniawan, perangkap 'ofsaid' yang dilakukan Amri Yahya ketika menentang Terengganu FC dan KL City FC merupakan inisiatif daripada pemain yang pernah bersama Selangor FC, Johor Darul Ta'zim (JDT), Melaka United dan Sarawak United FC sebelum ini.

“Dia (Amri) adalah pemain yang berpengalaman tentunya mengerti keadaan atau situasi di dalam padang... Jadi saya katakan bahawa Amri seorang pemain yang sangat pintar.

“Jadi dia tahu apa yang harus dilakukan baik saat 'attack' mahupun ketika bertahan dan salah satunya adalah perangkap 'ofsaid' yang dilakukan oleh Amri atas inisiatifnya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Kurniawan mengakui skuad kendaliannya bakal berdepan cabaran besar berdepan pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT) kendalian Benjamin Mora apabila dua pemain importnya tidak dapat beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Kurniawan berkata, pemain tengah import Korea Selatan, Park Taesu serta penyerang Croatia, Josip Ivancic masih berada dalam senarai kecederaan.

Kurniawan menyifatkan pengalaman Amri Yahyah banyak membantu Sabah FC dalam mengharungi saingan Liga-M musim ini. - Foto Sabah FC
Kurniawan menyifatkan pengalaman Amri Yahyah banyak membantu Sabah FC dalam mengharungi saingan Liga-M musim ini. - Foto Sabah FC

Menurut Kurniawan, JDT merupakan satu pasukan unggul dengan serba serbi lengkap tentunya memberi cabaran yang tersendiri untuk skuad ‘The Rhinos.

Artikel Berkaitan:

“Kita tahu JDT team yang kuat. Di Stadium Likas kita ditewaskan 4-1. Kemudian team kami juga belum dapat diperkuat sepenuhnya.

“Jadi kami harus menggunakan sebaik mungkin tenaga pemain sedia ada dengan jadual perlawanan yang sangat padat ini. Tentunya kita harus berfikir bagaimanakah 'rotation' permain dan taktikal yang akan digunakan untuk menghadapi JDT malam esok (ini),” katanya dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu.

Kurniawan berkata, paling penting pemain diturunkan nanti adalah yang mempunyai tahap kecergasan 100 peratus serta fokus kepada perlawanan yang dianggap sangat berat.

Dalam pada itu, Kurniawan mengakui Sabah FC masih memerlukan Levy Madinda kerana pemain tersebut merupakan seorang pemain yang mampu menghidupkan bahagian tengah pasukan.

“Dia (Levy) bisa control game atau di midfield area kemudian bola dengan dia juga tidak cepat hilang dan yang paling penting adalah vision dan 'killer pass' dia saat 'attack',” katanya.