Mahasiswa, belia perlu berani katakan ‘tidak’ kepada rasuah

Seramai 50 pimpinan belia dan universiti terlibat dalam sidang meja bulat bertajuk ‘Anak Muda Tolak Rasuah’ yang bersiaran secara maya pada Sabtu.
Seramai 50 pimpinan belia dan universiti terlibat dalam sidang meja bulat bertajuk ‘Anak Muda Tolak Rasuah’ yang bersiaran secara maya pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Mahasiswa ataupun belia perlu berani katakan ‘tidak’ kepada rasuah sebagai benteng untuk mempertahankan amanah, menegakkan kebenaran dan keadilan sekali gus menjadikan negara kekal berada di landasan terbaik.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli berkata, rasuah bukan sahaja boleh memberi kesan yang amat besar kepada imej negara, malah ia berupaya merosakkan masa depan generasi akan datang.

“Justeru, kita perlu menjadikan isu rasuah ini sebagai keutamaan bagi memastikan kita dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai tiga kriteria keberanian.

“Antaranya, keberanian untuk menolak rasuah, keberanian menolak pemimpin terlibat rasuah dan keberanian untuk melaporkan rasuah,” katanya pada sidang meja bulat bertajuk ‘Anak Muda Tolak Rasuah’ yang bersiaran secara maya pada Sabtu.