Penangguhan pemilihan tidak sah: Pemuda UMNO dakwa wujud 'tangan ghaib'

Tengku Haphiz Tengku Putera (kanan) dan Noor Hariri Mohamed Nor pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
Tengku Haphiz Tengku Putera (kanan) dan Noor Hariri Mohamed Nor pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO melihat wujud unsur tangan ghaib berhubung kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menetapkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menangguhkan pemilihan selama 18 bulan tidak sah.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, pihaknya yakin perkara itu merupakan kerja-kerja ‘scheme of things’ dan pembunuhan akar umbi UMNO.

“Objektifnya adalah untuk membatalkan terus UMNO daripada drama politik negara pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Nor.

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan UMNO tangguh pemilihan MT tidak sah: RoS

RoS pada Jumaat menetapkan keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ketua Pengarahnya, Jasri Kasim berkata, ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Tengku Haphiz mendakwa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil perjalanan yang menyusahkan rakyat Malaysia berhubung perkara terbabit.

“Ahli UMNO seramai 3.3 juta dan saya nak maklumkan juga di seluruh negara kita ada 66,000 cawangan yang mana 66,000 cawangan ini sekurang-kurangnya satu cawangan ada 100 orang.

Artikel Berkaitan:

“Untuk membuat pemilihan di peringkat cawangan-cawangan ini secara dalam talian sangat sukar dan ini kita telah perjelaskan secara terperinci kepada RoS.

“Dan sebenarnya RoS telah membuat satu kenyataan membenarkan UMNO untuk menangguhkan berdasarkan situasi sekarang dan yang kedua berdasarkan perlembagaan UMNO,” jelasnya.